Saturday, January 3, 2009

Terima Kasih Sahabat

Pusat Khidmat ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit amal yang bertungkus lumus menjayakan program pusat khidmat. jasa dan sumbangan anda moga allah yang balas.




Majlis Sumbangan Jom Ke Sekolah kepada pelajar miskin


1 Junuari 09 :Pusat Khidmat masyarakat DUN Belanja

Yayasan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Belanja telah menganjurkan program sumbangan jom ke sekolah kepada pelajar miskin di parlimen Parit. Seramai 60 penerima. 29 orang dari DUN Bota dan 31 orang pelajar miskin dari DUn Belanja.Program bermula dengan ucapan bacaan doa oleh alfadhil Ust Muslim Bin Tayyib,kemudian ucapan oleh En Farid wajidi Esekutif Pendidikan Yayasan Perak.


Program diteruskan dengan ucapan oleh Penyelia DUn Bota dan Penyelia DUn Belanja.

kemudian program diteruskan dengan peyampaian sumbangan. bagi DUN Bota disampaikan oleh Penyelia DUN Bota Kpt(B) hj Usaili dan Bagi DUN Belanja disampaikan oleh Penyelia DUN Belanja.

Pusat khidmat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya unit amal dan Yayasan perak.

konvoi motor tanjung belanja ke gopeng


tarikh 25 disember 2008.

pusat khidmat telah mengadakan satu konvoi bermotor bermula dari tanjung belanja ke ke kem hanifa gopeng. Program diadakan dengan tujuan untuk mendekati golongan muda dan menyampaikan mesej dakwah. seramai 43 buah motor menyertai konvoi ini.
sebelum bertolak perserta konvoi mendengar ucapan dari penyelia DUN Belanja Ust Hj Muhammad Ismi Bin Mat Taib. Setelah itu peserta konvoi dilepaskan dengan bacaan doa musafir.


Perjalanan mengambil masa selama sejam. kira-kira pukul 10 pagi peserta konvoi sampai ke kem hanifa gopeng. Di kem hanifa para peserta di sajikan program yang diselia oleh motivator nik norazman dari taiping.
Aktiviti tersebut berlangsung selama dua jam. Setelah itu majlis diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan berlangsung majlis penutup yang di sempurnakan oleh Penyelia DUN Belanja. Program berakhir jam 2 petang. Pusat khidmat mengucapkan jutaan terima kasih kepada ajk DPPK parit yang bertungkus lumus menjayakan program ini.