Tuesday, November 25, 2008

Program Berkhatan

Pusat Khidmat dengan kerjasama surau alkhairiyyah akan menganjurkan program berkhatan
Tarikh :29 November 2008
Masa :8.00 Pagi
Tempat :Surau Al Khairiyyah Kg Bidara
Perasmian:Ust Hj Muhammad Ismi Bin Mat Taib Penyelia DUN Belanja
Semua di jemput hadir

Friday, November 7, 2008

Penantian berakhir


Seri Iskandar: Dengan menggunakan motto adil dan kebajikan,Kerajaan Pakatan Rakyat sekali lagi membuktikan apa yang dikata. Setelah berpuluh tahun mengharap kepada kerajaan BN yang memerintah tetapi hanya tinggal harapan. Kini setelah jatuhnya kerajaan BN cahaya harapan berputik kembali. Setelah hampir 30 tahun meneroka tanah..tanpa ada status yang jelas kini para peneroka felcra Nasaruddin boleh tersenyum dengan adanya pengundian untuk menyerahkan tanah kepada para peneroaka
kelihatan para peneroka felcra nasaruddin sedang menunggu giliran untuk membuat undian bagi memilih tanah lot.

Thursday, November 6, 2008

Program Motivasi menjelang peperiksaan



Pondok Pengajian Darul Mubarak. Pusat Khidmat Masyarakat DUN belanja telah mengadakan program Motivasi Menjelang Peperiksaan dan munajat perdana untuk pelajar SPM Dan STPM.
Program dimulai dengan Solat magrib berjemaah. Selepas itu diteruskan dengan bacaan Yaasin yang di ketuai oleh Ust Salim Bin Mat Taib.



seterusnya motivasi menjelang peperiksaan yang di sampaikan oleh Cikgu Hasan Aladi.
Program berakhir dengan jamuan stelah solat Insya berjemaah. Pusat Khidmat Masyarakat berharap para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang

Saturday, November 1, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Belanja kesal dengan pengurusan masjid Raudatul Mardiah

Sikap dengki dan bertindak mengikut alasan yang tidak munasabah serta politik yang sempit menyebabkan program yang dirancang oleh pusat khidmat terganggu. Atas dasar bersama-sama ingin melihat kejayaan yang di gapai oleh anak-anak melayu Islam pusat khidmat mengambil inisiatif mengadakan program motivasi menjelang peperiksaan dan munajat perdana pada awalnya di masjid Parit.
Dengan menggunakan alasan:
pihak masjid akan meluluskan permohonan dari penegetua-pengetua sekolah bantuan penuh kerajaan yang berhajat untuk tujuan tersebut.
pihak sekolah baru sahaj mengadakan aktiviti membaca yaasin bagi tujuan peperiksaan..

dengan dua alasan yang tidak masuk akal pihak pengurusan tidak membenarkan pusat khidmat masyarakat untuk mengadakan majlis di masjid..
Inilah sikap dangkal manusia yang mengatakan mareka penyokong ketuanan melayu..tetapi dalam masa yang sama bertindak menghancurkan melayu..Majlis ini adalah untuk pelajar melayu yang beragama Islam..