tarikh 25 disember 2008.
pusat khidmat telah mengadakan satu konvoi bermotor bermula dari tanjung belanja ke ke kem hanifa gopeng. Program diadakan dengan tujuan untuk mendekati golongan muda dan menyampaikan mesej dakwah. seramai 43 buah motor menyertai konvoi ini.
sebelum bertolak perserta konvoi mendengar ucapan dari penyelia DUN Belanja Ust Hj Muhammad Ismi Bin Mat Taib. Setelah itu peserta konvoi dilepaskan dengan bacaan doa musafir.
Perjalanan mengambil masa selama sejam. kira-kira pukul 10 pagi peserta konvoi sampai ke kem hanifa gopeng. Di kem hanifa para peserta di sajikan program yang diselia oleh motivator nik norazman dari taiping.
No comments:
Post a Comment